‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.

13 April 2015

### tHrOwBaCk ###


25 Febuari 2015
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Syukur pada Ilahi kerana meminjamkan aku seorang suami yang memahami...yang menyayangi....yang menjagaku... yang selalu ada disisiku..... yang selalu menenangkan aku.....
Terima kasih Allah kerana meminjamkan dia untuk aku dampingi selama hayatku ini.....ternyata jodoh dari Allah adalah yg terbaik buatku....25.2.2012 dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri buat suamiku....terima kasih abang kerana menerimaku seadanya.....kini, 3tahun telah berlalu...ketawa dan tangis mengharumkan rumahtangga kita....semakin hari kasih sayang antara kita semakin bercambah....dihiasi dengan keletah putera kecil yg sentiasa mewarnai hari2 kita.....terima kasih Allah dengan bahagia yg kau limpahkan.....


1 Mac 2015
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
terima kasih Allah kerana masih mengizinkan dia berada disisiku....selamat hari ulangtahun kelahiran buat insan yang teristimewa dalam hidupku....semoga Allah limpahkan rahmat keatas En. Suami.....diberikan kesihatan yang baik....dilindungi setiap gerak langkahnya....diberkati setiap amalannya.....in sha allah....amin.


10 mac 2015
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Terima kasih ya Allah untuk amanah yang tak ternilai harganya....
selamat hari ulangtahun kelahiran buat anakandaku...ya Allah kau peliharakanlah anakku walau dimana dia berada....berikanlah dia kesihatan dan kecerdasan....berikan dia kecerdikan akal....Muhammad Nur Iman....putera tercinta kurniaan Ilahi....kehadiranmu menyinari hidup ummi & abah.....kaulah penyeri kaulah permata....kau jugalah pencetus amarah kami...hehehehe
terima kasih Allah untuk semua yang telah kau anugerahkan buatku.....