‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.

03 Januari 2011

Selamat Tahun Baru....2011


Alhamdulillah....bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi ruang dan peluang untuk aku menikmati tahun baru dalam kalendar dunia....hmm selalunye setiap kali tiba tahun baru soalan yg pastinya bertubi2, APA AZAM TAHUN BARU? Bagi aku, aku hanya mengharapkan agar tahun ni akan lebih baik dari tahun2 sebelum ni....



 Aku harap aku lebih kuat dan tabah dalam menghadapi hari2 mendatang.....lebih matang, lebih berani.....Terima kasih kepada mereka2 yang telah banyak memberi sokongan hingga aku menjadi sepertimana aku hari ini....mampu berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri...