‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.

23 November 2011

i hope to meet u when i visit ma'sia

Hi dear ,actually if you wouldn't mind I am Sandra Kassim,I work with a mining company in UK here as a supervisoAr.We may not know ourselves for now but it is my heart desire to take vacation leave from our company to visit Malaysia for the first time . My father originally came from Malaysia unfortunately death took him away  when I never knew any of my relatives.However I want to come even though I do not know the terrain or anybody to show me around

It is no longer a news that Asia is developing so fast and catching up with developed countries with a lot of tourist attraction  centers,it gives me so much joy because I want to witness it and be part of it. If you are interested on business we can discuss it when I visit.

I do not mean to inconvenience you neither do I want my presence to affect your work or business hours,instead I can adjust my time so that we can only meet in the evenings and weekends.I will appreciate it if you can spare your littl e  time to welcome and accompany me,never mind I will take care of the expenses.If you say OK please let me know the nearest airport that will be easier for you to come and fetch me on arrival.

Rgds
Sandra


huahuahua takotnye aku bile dapat emel ni....terus je aku delete dari inbox....menyemak......korang penah dapat emel @ ape2 je yang serupa ini x? apa tindakan korang? 

22 November 2011

permulaan & pengakhiran...

2tahun yang lalu......
hujan lebat bagaikan menyambut kehadiranku di kota penyu ini....bersama perasaan yang bercampur baur...entah sukar untuk aku menyatakan perasaanku yang sebenar....
pertama kali aku meninggalkan daerah kelahiranku.... pertama kali aku menjadi asing di sebuah negeri yang bakal mengubah hidupku.....moga kutemui kedamaian disini.....begitulah harapanku.
sepanjang perjalanan aku menyoroti keindahan yang kelam ditelan kegelapan....betapa deras hujan yang membasahi bumi begitu juga derasnya mutiara yang mengalir dipipi.... aku berbisik sendirian 'tabahlah hati'...
perjalanan selama 7jam cukup meletihkan. namun mata ini seakan dipacak dengan batang mancis. tiada sekelumit rasa untuk lelap....fikiran entah kemana....yang aku tahu menangis, menangis & menangis....acapkali aku meminta pada diri agar berhenti dari menangis tp sia2 cuma....
tepat jam 5.30pagi aku tiba di hentian besar kuala terengganu.....seakan tak percaya kini aku sendirian di kota yang begitu asing.....berpusu2 manusia bekeliaran menuju ke destinasi masing2......hujan masih lebat.....aku termanggu sendiri....kemana harus kutuju? aku mengeluh perlahan.....masih bermonolog sendiri...benarkah aku di sini? adakah aku bermimpi? bolehkah aku menjadi sebahagian dari warga kota penyu ini? berapa lama aku akan berada disini? dalam aku bermenung hansetku berbunyi....oh mujur saja ada kenalan dari sepupuku yang sudi membantu....aku dihantar ke rumah seorang kenalan.....menumpang disana sementara mendapatkan rumah sewa.....terima kasih yang tak terhingga kepada insan2 yang sudi membantuku......
8:00pagi di pejabat......
sementara menunggu untuk berjumpa dengan bos, aku masih lagi bermenung.....bermacam2 yang kufikirkan.....tiada langsung rasa gembira terbit dihati.....hanya kesedihan yang semakin memuncak......acapkali aku melihat jam ditangan....bukan gelisah untuk berjumpa bos yang kufikirkan.....tapi resah mengingatkan insan2 yang kutinggalkan......sekali lagi mutiaraku tumpah.....yang malunya aku TERmenangis dihadapan bos.....tepat jam 11pagi....aku tak dapat menahan sebak......hari pertama aku berkhidmat di jabatan ini dan hari ini juga 'dia' bukan milikku lagi......aku bagaikan xpercaya aku akan kehilangannya setelah sekian lama kami bersama.....2tahun yang lalu, pada tarikh ini, pengakhiran buat aku & dia......2tahun yang lalu, pada saat ini, bermula lah episod baru dalam hidupku......ya sepertimana yang bos ucapkan masa aku datang melapor diri.....kata2 dari bos telah buat aku berjaya meneruskan hidup TANPA dia.....aku berjaya berdiri diatas kaki sendiri....aku berjaya mengharungi segala keperitan sendiri tanpa dia....dan kini setelah 2tahun berlalu aku punya segalanya tanpa dia.....
namun 2tahunyang berlalu masih belum mampu untuk mengubah perasaanku terhadap dia.....belum mampu buat aku bahagia....belum mampu buat aku melupakan dia....


                                                                                   semoga aku kan terus tabah menghadapi hidup ini tanpamu

20 November 2011

disebalik kemanisan


Seakan x percaya… 2 hari lagi genap 2tahun aku bermastautin di negeri penyu ini…sebolehnya aku xmahu ingat tarikh keramat tu…tarikh yang sering membuatkan aku menangis, menangis dan menangis…
Dua tahun…satu jangkamasa yang aku anggap boleh mengubah sesuatu dalam diri aku…atau lebih tepat lagi boleh merawat hati yang terluka…namun masih tidak mencukupi…ternyata 2tahun xdapat mengubah apa yang tersirat di hati kecilku…perasaan yang sekian lama terpendam masih belum terungkai…masih belum boleh diubati…masih belum ada penyembuhnya…
Dua tahun menghadapi suka duka sendirian di perantauan…bertemankan rakan2 sekerja…bertemankan sedikit kekuatan …aku menyusuri kehidupan yang amat baru dalam hidup…berbekalkan kata-kata semangat dan dorongan dari insan2 yang xmahu aku terus hanyut , aku mula belajar apa ertinya hidup…

05 November 2011

aidiladha datang lagi

Hatiku terusik lagi… kali ini kesayuan begitu terasa sekali… untuk sekian kalinya aku berhari raya di perantauan… niat hati xmahu kemana2 ingin bersendirian berteleku di dalam rumah… namun panggilan telefon dari mak angkat pagi tadi meruntun jiwa halus ku…mak menelefon memanggil aku kerumahnya meraikan aidiladha bersama keluarganya… mahu saja aku mengatakan sibuk, tapi…
Usai menunaikan solat asar aku mencapai beg pakaian yg memang sedari awal telah kusiapkan…dalam perjalanan dimana2 berlaku kesesakan jalanraya…hatiku berkata, seronoknya diorg ni nak balik kampung….kan best kalau aku juga punya rasa begitu…
Tiba dirumah mak aku disambut meriah….wah anak2 mak dah sampai…riuh rendah rumah mak yg selalu diselubungi kesepian…aku turut teruja melihatkan kanopi di depan rumah…best gak ada yg wat korban esok… leh tengok org sembelih lembu…ngeee  syok2…
Saat semua anak2 mak berkumpul depan tv mengerumuni mak, aku jadi hiba…rindu kt arwah mak…andai saja keluargaku semeriah ini alangkah seronoknya… perlahan aku melarikan diri jauh dari mereka…xmahu mengganggu keseronokan mereka melepas rindu…maklumlah anak2 mak sume dok jauh2…disaat bersendirian inilah aku merenung sang bulan yg malap dilangit…tiada bintang menyulam awan malam ni… mak, de rindu mak… aku hubungi abah berulang kali namun hampa…
Semoga aidiladha kali ni akan jadi yang raya yg terakhir buat aku disini…cukuplah pengalaman yang telah aku kutip sepanjang tempoh ini…