‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.

28 Jun 2012

Seronoknyeeeee.......










Wah!!!! seronoknye.......apela yang best sangat ni kan....ahaaa......ni kes semalam la punya cite.....boring2 bosan2 xtau nak buat ape....habis rumah kedua aku ni aku penuhkan dengan macam2 gambar la.....link la....hehehehe sekadar nak puaskan hati.......
kepada blogger2 baru yang macam aku, nak belajar cantekkan blog, meh tengok laman nih.....sangat2 berguna sebagai panduan......macam2 ade kt dalam tu.....aku dah try da agak berpuashati la jugak......korang leh tengok sendiri blog aku skg dah ade macam2 kan.......apa lagi jomla pakat belajaq sama2....ngeee sukenye dapat berkongsi ilmu

27 Jun 2012

Ku Ada Kamu

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.



19 Jun 2012

perkongsian

terdetik di hati untuk berkongsi apa yang aku baca seketika tadi.....Alhamdulillah dalam aku menyusuri perjalanan hidup mencari keredhaan Ilahi, menyoroti lorong2 berliku, aku dipertemukan dalam keadaan yang tidak disangka2.....sekadar ingin berkongsi ilmu untuk kita sama2 memanfaatkannya.....
baca nih.....actually blog ni aku selalu jengah......aku suka dengan cara penulisannya yg agak menyentuh naluriku....chewah....bese lah aku ni kan jiwa2 orangnya....hehehehe jom sambung baca........kat sini

18 Jun 2012

rindu xbertepian

sejak dapat tau yang anak cucu nak balik, aku dah jadi xkeruan.......xsabar2 nak jumpa diorang.....macam kelakar je kan bunyinye.....orang lain kawen nak berdua je dengan hubby tapi lain pulak dengan aku.....aku lebih suka rumah riuh rendah meriah dengan kepulangan anak2 dan cucu2......mungkin naluri keanak2an yg dah sebati dalam diri aku membuatkan aku senang dengan kanak2......kehadiran cucu2 sedikit sebanyak dapat mengubat lara hati yang terlalu inginkan anak......sesungguhnya aku teramat rindu pada cucu2 yg berada jauh di kotaraya.....



                        ADAM >>>>> paling banyak cakap.....rindu nak bahas dengan die



                 AQEEL >>>>> si adik yang xpernah nak kalah...rindu dengan keletah nakalnya



      ARMAN >>>>> satu2nya cucu yg panggil aku nenek.....geram dengan si dia ni....nakal

nakal budak2....tapi kenakalan diorang la yang buat aku rindu.....xsabar nak tunggu kol 1 nak balik umah nak tunggu ketibaan diorg.....xsabar nak pelok cium.....hai la jam kenapa kau lambat sangat berputar? haish aku dah macam nak g panjat dinding &  pusingkan jam.......dok kt pejabat ni dah xtau ape.....jasad je ade jiwa aku dah kt umah.....hahahahaha ni kalau cakap kt mr hubby mesti die geleng kepala......mujurlah mr hubby dah paham dengan sikap isteri kesayangannya ni....ngeeee (agak2 ade anak sendiri nanti aku berubah x ek?)

hari untuk yang bergelar bapa.....

sepatutnya en3 ni aku post semalam.....tapi ade masalah sikit xdapat nak publish on time.....pape pon en3 tetap diteruskan.....pada yang sudi menyinggah time kasih la yer.... hehehehe melalut jap ....jom sambung cite.....
alkisahnya, pejam celik rupanya seminggu lagi genap usia perkahwinanku 4bulan.....begitu cepat masa berlalu.....tanpa sedar sudah lebih 3bulan aku bergelar isteri kepada mr hubby.....namun masih banyak yg perlu aku pelajari.....Alhamdulillah, mr hubby banyak membantu aku dalam menyesuaikan diri....almaklumlah aku bukan saja seorang isteri malah aku juga secara xlangsung adalah ibu kepada anak2 dan nenek kepada cucu2 mr hubby......xsangka kan dalam usia yg sebegini muda aku sudah bergelar nenek.....namun aku xpernah kesal dengan statusku kini malah aku cukup berbangga mempunyai sebuah keluarga yang besar.....apatah lagi dengan penerimaan anak2 yang cukup memahami....sesungguhnya aku sangat berterima kasih kepada mr hubby yg telah menerimaku sebagai suri hidupnya.....dan aku sangat2 bersyukur kepada NYA kerana mengurniakan aku seorang suami dan anak2 yg baik......

                              saat2 indah bersama mr hubby..... love u so much abang....


sebahagian dari anak2 yg menyempurnakan kehidupanku 


 sebahagian dari cucu2ku, si kecil yang membahagiakanku....

sempena hari bapa, ucapan tahniah untuk mr hubby kerana berjaya membesarkan anak2 dengan didikan dan kasih sayang yang sempurna......kini menurun pula ke cucu2......mr hubby, kaulah suamiku, kebanggaanku......