‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.

29 Ogos 2011

Salam Anak Rantau

Saban malam aku menghadap jalan yang sentiasa sibuk dengan kenderaan. Mana yang pulang ke kampung. Mana yang dalam perjalanan membeli belah. Tak ketinggalan juga yang sekadar memenuhkan jalanraya tanpa arah tuju. Semakin hari semakin sesak. Aku sekadar merenung dari beranda.
"hujan2 pun manusia ramai lagi atas jalan ni" desis hati kecilku. Sebentar cuma. Seketika, tanpa kusedari airmata mengalir halus. Kenangan itu kembali lagi.

Ah betapa aku terlalu rindu suasana satu tika dulu. Teringat kembali saat berpusu2 dalam kesesakan mahluk yang bersesak2 di bazar pada malam raya. Dah tau susah parking, orang ramai, boleh sesak nafas tapi kitorang still jugak pegi. Masa ni la nak cari baju raya, kuih raya mana yang xcukup. Almaklumlah malam raya, harga kaw2 punya down. Keseronokan berpesta di bazar membuatkan kami xterasa kepenatan seharian bekerja. Aku senyum sendiri.

Itu dulu.....5 6 tahun yang lepas punya cerita. Sekarang?
Saat orang semua berlumba2 nak balik kampung, aku masih disini.....tanpa sekelumit perasaan gembira untuk menyambut Syawal. Diam xdiam 4tahun aku menyendiri. Memendam rasa. 4tahun juga aku berhari raya tanpa rasa bahagia......bertemankan airmata.....


Malam semakin larut. Namun kaki ni terasa berat nak menginjak kedalam. Masih terpaku diberanda. Menyaksikan kenderaan yang bertali arus. Menikmati kesejukan hujan yang turun setiap malam. Bagaikan mengerti perasaan yang terbuku dihati kecilku. 
Dalam keheningan kupanjatkan doa semoga hari2 mendatangku dilimpahi kegembiraan dan kebahagiaan.....Dan semoga aku semakin kuat dalam menempuh dugaan hidup dariNYA......amin.




 

13 Ogos 2011

Aku Tak Bodoh

tajuk macam best jer kan......hahahahahaha jangan terpedaya......saja gempax.....

hujung minggu ni xkemana2 juz dok umah berehat2 sambil menenangkan hati & fikiran..... hmm nak buat apa hari ni yerk.....detik suara dihati kecilku......tetiba teringat cite yang aku baru je load malam tadi....hmm boring2 layan drama ok gak......

starting cite agak bosan sikit sebab terserlah kebodohan yang nampak dibuat2....bese la kan cite melayu.....adaptasi lak tu......layan punya layan xsedar masa berlalu.....tiba di pertengahan cite aku dah mula syiok......ha kalau nonton dari duduk dah jadik baring tu, makna nye cite tu da mula tarik minat aku tuk tengok sampai ending.....

mula2 aku gelak, pastu senyum2, tetiba marah2 lak tup2 dah nak end buleh nangis lak.....haish apesal touching lak ni.....xmo2....aku palingkan muka xnak bagi roomate nampak aku nangis....tibe2.....
"ai kak, tadi gelak besar tetibe nangis nih apehal?"
hahahahahahahahaha die perasan gak disebabkan sok sek sok sek aku yang memang xleh cover......
apa pun aku boleh kata la cite ni best (dari pandangan aku ler orang lain aku xtau)........ada pengajaran.....sesuai untuk tontonan ibu2 bapa2 yang mempunyai anak.......tersentuh aku dengan hasil karya terbitan mm2 entertainment dan B&L kreatif
 
                      AKU TAK BODOH

sebuah cerita yang memaparkan erti kasih sayang kekeluargaan......betapa tiada yang lebih bernilai dari harga sebuah keharmonian keluarga yang dipenuhi kasih sayang.........