Tiba2 je …sedang aku keseorangan bermenung di hamparan, kedengaran bunyi hujan menyirami bumi…sepintas fikiranku menerawang…kenangan lama terusik kembali…ah betapa sukar untukku melupakan…
Tiba2…
“Bertahun sudah berdua bersama menempuh segala dugaan
Walaupun hidup ada kekurangan bukan kehendakku
Tabah kuhadapi denganmu, itulah yang kupertahankan
Tak dapat dinafikan berbagai dugaan
Datang secara tiba-tiba
Apa erti makna tersembunyi
Istana yang dibina teguhnya sementara
Kau mengundurkan diri dariku
Tinggallah aku kini seorang diri
Kesana dan kemari
Mencari salahku waktu denganmu
Sambil mengubat hatiku yang sepi…
Siapa sangka siapa menduga
Engkau berubah tiada kupinta
Kerana hidup bahagia sentiasa tanpa sengketa
Yang kukesalkan dan tak kulupakan
Aku korbankan seluruh hidupku
Semata-mata ingin melihat kau gembira
Kerana kusungguh menyayangimu
Hidup aku berteman
Rinduku tak pernah padam
Terkilan berpanjangan sambil menyapu airmata…”
Saat mp3ku menyanyi boleh pulak lagu nih yang keluar....mutiaraku menitis syahdu...membuai anganku hingga lupa untuk lena...
Mendengarkan lagu ini hatiku terusik…meski diri ini sudah kubawa jauh namun terasa seolah hatiku masih disana…entah dimana silapnya aku kini tersandar sendirian bertemankan airmata…masihkah ada sinar untukku…?
Puteri
27 july 12:45am