‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.

27 Februari 2011

Terengganu yang bolok......

Sepertimana yang telah dijangkakan....

Dataran Syahbandar dihujani manusia dari setiap pelusuk daerah. Almaklumlah, buat julung2 kalinya JOMHEBOH TV3 diadakan di negeri Terengganu. Walaupun booth jualan xbanyak mana (xmacam kt tempat laen) tapi manusia2nye seperti baru dilanda hujan pitih....(termasuk la aku).
Bermula 25 febuari dan berakhir pada 26 febuari....pelawat yg datang xputus2.... jalan2 berdekatan ditutup untuk melancarkan segala aktiviti....tapi yg jadi sakit hati nya bile jalan ditutup untuk memudahkan orangramai berjalan kaki, ramai pulak peniaga yg mengambil kesempatan dengan meniaga ditepi2 jalan tersebut. Sepanjang jalan jual barang2 yg sama (lampu2 mainan, rambut palsu warna warni, tanduk setan, dan macam2 lagi)......tidak ketinggalan juga peniaga2 yang lebih mengutamakan keuntungan dari kebersihan....terkejut saya ketika membeli sebekas air minuman....kebiasaannya cuma RM1...tapi disebabkan lebih memikirkan keuntungan, air limau yg rasa macam ais kosong tibe2 melonjak harga....wang kertas RM1 tiada nilai disaat2 pesta sebegini....terkejut saya ketika peniaga tersebut mengatakan harganya RM2 iaitu 2x ganda dr biasa.....

Malam konsert pulak nk cite nih.....
Dataran Syahbandar dibanjiri manusia sebanyak2 tidak....tergezut seketika....pada asalnye juz nak g tengok suke2 jer....baru seketika dah berinjak balik. xsanggup rasanye bersesak2 dengan bermacam2 kerenah,aksi dan bau yg meloyakan halwa tekak.....bermacam ragam orang dapat disaksikan...ada juga yg pada pandangan saya golongan yg xsepatutnye ade pada malam konsert yg BOLOK itu.....antaranya, TOK, NENEK, ANAK KECIL (BABY), xketinggalan juga OKU....begitu bersemangat penduduk Terengganu mengikuti persembahan artis2 terkenal tanahair......apapun tahniah la buat tv3 kerana berjaya mendapat sambutan yg begitu WOW! dr rakyat Terengganu......

22 Februari 2011

Bahagia Itu Milikku

Sekian lama ku biarkan 
xberteman xberpenghuni
ku kunci seelok mungkin
lalu ku lempar sejauh yg boleh
Sekian lama ku biarkan
derita menemaniku
hingga satu saat
aku xpercaya lagi
sesuatu yg dinamakan cinta...
22 febuari......
satu tarikh indah
bersama titis-titis hujan
bersama dingin yg menusuk sumsum
disaat insan lain melayari mimpi
aku terkesima
mendengarkan tutur bicara sang teruna
yang pantasnya melahirkan rasa hati
menyemai kasih seikhlas budi
merealisasikan impian yang telah lama berkubur
Padamu Tuhan 
kupanjatkan kesyukuran
kerana masih memberi peluang 
untukku menikmati bahagia
yang selama ini kudambakan.......
semoga pohonan cinta bersemi
dedaun rindu merimbun dihati
selamanya
dibawah rahmat & kasih ILAHI.

21 Februari 2011

Tuhan Beri Aku Cinta...

Walau aku senyum bukan beerti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang xada di hati ini
Dijiwa ini hampa
Ku bertemu sang adam disimpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
 Namun ada saja cubaan hidup
 Seakan aku hina


 


Tuhan berikanlah aku cinta
       Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangmu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalmu
Tuhan beri aku cinta…




Dag Dig Dug

Dug dug dug dug dug.....berdebar. Dah lame xrase perasaan macam nih. Is there something will happen 2 me? I dont have the answer. 
Tidurku dah mula xlena. Resah memanjang. Golek kiri salah pusing kanan gelisah. Makan? hmm da semakin xmenentu. Tapi mandiku tetap basah. Dalam fikiran da blur semacam. Adui feningla ini kepala.....Apa sudah jadi? ........................................................

Tinggal 2 minggu je lagi. Perasaan da mula jadi xmenentu. buat ape serba xkena. EXAM oh EXAM.......Takutnyeeerrrrrr. Alahai camane la aku leh tertinggal nih? TOLONG TOLONG help me please....berulang kali aku cube baca buku. Mengingatkan kembali soalan2 yg pernah aku hadap tahun lepas. Adui nape berat sangat nih? Buka buku jer fikiran 0 xtau kemana. 

Xboleh tidak kali nih aku mesti lulus. Chaiyok chaiyok! (kata Jang Nara) :)
Jom bace buku jangan malas2 jangan tido2 

                          mood : nak baca buku dont disturb me

19 Februari 2011

........................................



aku benci
bila kau datang lagi
sejauh mungkin ku lempar kau pergi
namun tetap jua kau kembali
aku benci
bila kau datang lagi
menyisip dicelah kesesakan nafasku
menambah kesengsaraanku




aku benci
kerna hadirmu 
mengalirkan airmataku
menyelubungi perasaanku
penuh kehibaan

RINDU
pergilah kau jauh dari hidupku
aku xbisa kau dekat denganku
biarkan aku sendiri
menyelusuri hari2ku tanpamu
kerna aku lemah denganmu.........

18 Februari 2011

Tika Dan Saat Ini

Tika dan saat ini,
aku masih bermenung,
masih memikirkan tentang nasib diri,
sampai bilakah ku harus begini?
Tika dan saat ini,
aku masih bermenung,
sendirian merenung kelamnya malam,
bersama titis-titis sang embun jantan.
Tika dan saat ini,
aku masih keliru,
antara realiti atau mimpi,
seakan tak percaya,
aku kini jauh di rantauan.....
Tika dan saat ini,
aku masih membungkam,
memikrkan,
mungkinkah takdirku disini?
Tika dan saat ini,
hatiku sebak,
mengenangkan kampung halaman,
terimbau kenangan-kenangan dulu,
saat tawa riang,
saat tangis duka,
saat gembira ria,....
Tika dan saat ini,
hanya bulan dan bintang menemani ,
menghitung hari demi hari,
mengira percaturan hidup,
demi merealisasikan sebuah impian.......
Tika dan saat ini,
hanya padaNYA mampu ku bermohon,
meminta perlindungan dan kekuatan,
dalam aku mengharungi tiap dugaanNYA....
semoga aku lebih kuat,
dalam menjalani hidup sendirian......

Sang Rembulan

Malam,
hadirmu sering kunantikan,
kerna tanpamu,
aku jadi rindu,
pada sang rembulan,
yang sering menghilang,
tatkala aku memerlukan......
Bulan,
hatiku tenang,
jiwaku tenteram,
hadirmu mendamaikan,
sepertinya aku xbisa tanpamu....
Malam ini,
aku tercari2 lagi,
namun tiada kelihatan,
awan berarak mendung
tiada tanda sang bulan kan muncul.....
Dan aku,
pastinye kan jadi perindu setia....
seperti sebelumnye.....

15 Februari 2011

Cinta & Airmata

 
kelmarin,
kau lemparkan senyuman,
tanpa kata tanpa bicara,
kau membiarkan aku melayang sendirian
dibuai keresahan perasaan.....
semalam,
kau ucap kata cinta,
menggetar seluruh nadiku,
menginginkanku menemanimu,
melayari bahagia bersama, 
menongkah arus hidup berdua,
sepanjang hayatmu.....
hari ini,
kau tinggalkan aku,
bersama deraian airmata,
dalam titis2 hujan yang membasahi bumi,
yang bagaikan mengerti hati ini......
esok,
masih adakah sinar untukku,
atau
haruskah kubiarkan hari2ku 
ditemani airmata........???