‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.

30 Disember 2014

15.12.....

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.....Syukur ke hadrat ILAHI atas rahmat & kurnia Nya, memberiku nafas hingga ke saat ini....tiada sambutan yg istimewa untuk meraikan hari ulangtahun kelahiranku kali ini....kali ini & in sha Allah untuk tahun2 akan datang, hari istimewa ini aku khaskan buat allahyarhamah ibuku....dengan izin Allah mak telah mempertaruhkan nyawanya demi melahirkan aku....terima kasih mak terima kasih Allah....

34 tahun merentasi pelbagai suka duka kehidupan...ketawa, menangis dalam meniti usia kedewasaan...bermacam cerita mewarnai perjalananku....Tiada yang lebih indah lebih bermakna selain mendapat rahmat &hidayahMu ya Allah. Terima Kasih kerana memilih aku untuk hidayahMu....semoga aku terus berada di jalan yg engkau redhai ya Allah....

Alfatihah buat arwah kedua ibubapaku,Moksin Bin SamuinRamlah Binti Ahmad

Mak, Bak, tanpa kalian aku xkan ada untuk merasai nikmatnya hidup....Terima Kasih.