‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.

31 Disember 2011

Andai itu takdirNya....

berakhirnya tahun 2011 bermakna sudah 2tahun lebih aku membawa lara dihati........suka duka tawa dan tangis ku tempuhi lewat waktu ini......masih adakah sinar untukku???


kebelakangan ini kesihatanku agak terganggu....balik dari PD seakan xbermaya untuk mengerahkan segala tenaga meski hanya untuk menjalani rutin harianku....namun kugagahkan jua bila memikirkan diri ini sendirian mencari rezeki....pada siapa lagi mau ku bergantung harap untuk hidupku sendiri....segala2nya harus ku tempuh sendirian.....sehari je aku kuat untuk menjalankan tanggungjawab di pejabat...keesokan hari aku terlantar...xdaya lagi walau hanya untuk membawa diri sendiri....mujur ada keluarga angkat yg begitu prihatin.....aku bersyukur padaMU menemukan aku dengan MAK yang begitu menyayangiku walaupun aku hanya orang asing yang menumpang kasih......I LOVE U mak.....muah muah muah......(sempat lagi berdrama hehehehe)

dalam aku berkira2 untuk membuat permohonan pertukaran, mak begitu sedih dan aku kesayuan melihatkan riak wajah mak.....kupujuk2 xjadi juga......kuturutkan kemahuannya.....xpe la tangguh dulu.....tup2 malam 2 aku dikejutkan dengan berita yang xpernah ku duga......keesokan harinya yg empunya badan tiba jua.....hahahahaha xtau nak cakap...malu2 kucing.....malu tapi mahu......huwaaaaa inikah akhiran 2011 aku??? 
xtau nak kata apa.....yang aku tau aku bahagia kini......semoga segalanya dipemudahkan olehNYA.....

ANDAI ITU TAKDIRNYA.....aku pasrah.....DIA mengetahui apa yang terbaik buat hambanya kan......Terima kasih ALLAH atas anugerah yg xterhingga......moga bahagia itu milik kami.....selamanya.....amin.

18 Disember 2011

hari ini dalam sejarah

agak terlewat untuk aku mengepos cerita haru biru ni....almaklumlah untuk beberapa hari ni aku patah kaki sebab baby jimmy g jalan....tinggallah aku dengan sicomel......walaupun aku ade scrambler yg comel tapi kudrat ni seakan xbermaya nak keluar jalan2 ambil angin.....
hmm ape saja yang aku lalutkan ni......nak tau sal cite haru biru??? hah citenye macam nih......
>
>
>
>
>
>
>
......................................................................................

15 disember 2011,
sepanjang hari aku berkepit dengan little kia & baby sony.....menunggu sebarang ucapan manis dari kawan2, teman2, sahabat handai......tapi HAMPEH.....1st sekali wish adik aku.....ucu, at midnite....huhuhu suke3x.....walaupon hanya sms dah cukup untuk aku tersenyum lebar....seketika terasa air hangat mengalir dipipi mulusku.........esoknye pagi2 lagi kakakku pula hantar sebiji kek beserta ucapan.....juga melalui sistem pesanan ringkas.....namun cukup membuatku terharu......hingga lewat petang aku masih menanti namun hampa......insan2 yg kuharapkan masih lagi senyap.....hmm xpe la dorg sibuk agaknye.......



my besday kek....sweet ngat.....so touching

agak terharu......usai solat isya' tiba2 lampu bilik dimatikan......dah le aku ni penakot korg lagi mau maen2.......tetibe je ngah aku jerit2....."HEPI BESDAY 2 U, HEPI BESDAY 2 U, HEPI BESDAY 2 CIK BED, HEPI BESDAY 2 U....." tiup cepat, kek cair.......hahahahahahaha thanks gurls.....u ol wat aku terharu..... huhuhuhuhu dan malam tu sedih bercampur gembira kerana aku tidak keseorangan menyambut ulangtahun ku yang kesekian kalinya.......


juadah sambutan besday saye.......simple but sweet memory i will remember always


*** aku xminta korang sediakan hadiah mewah, majlis gempak2, korang wish je pon aku dah rasa cukup bahagia.....sekurang2nya aku tahu masih ada yang sayang aku***

08 Disember 2011

cuti2 malaysia...

baru2 ni dapat cuti bersambung sempena Awal Muharam.....so bercadang2 mau ke satu tempat yang boleh merehatkan minda daripada stress....ke mana cik bedot kali ini....jom kita jalan2 makan angin.......



   masa ni baru sampai.....cantik kan tempat ni......tu yang tersenyum lebar.....






   ada jambatan gantung....tapi cik bedot xnaik sebab dia gayat....





   taraaaa.......ni dia yang paling best.....tenang je kan....syoknye lau dapat terjun kan....





   xdapat terjun dalam sungai ni pon xpe la....asalkan dapat main air......sejukkkkk


>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

kat mana ni....???
hulu langat je......kt sg congkak.....best tempat ni......cuma 20minit dari rumah pakcik cik bedot.....so lepas ni boleh la selalu terjun.....yieehaaaaaa

23 November 2011

i hope to meet u when i visit ma'sia

Hi dear ,actually if you wouldn't mind I am Sandra Kassim,I work with a mining company in UK here as a supervisoAr.We may not know ourselves for now but it is my heart desire to take vacation leave from our company to visit Malaysia for the first time . My father originally came from Malaysia unfortunately death took him away  when I never knew any of my relatives.However I want to come even though I do not know the terrain or anybody to show me around

It is no longer a news that Asia is developing so fast and catching up with developed countries with a lot of tourist attraction  centers,it gives me so much joy because I want to witness it and be part of it. If you are interested on business we can discuss it when I visit.

I do not mean to inconvenience you neither do I want my presence to affect your work or business hours,instead I can adjust my time so that we can only meet in the evenings and weekends.I will appreciate it if you can spare your littl e  time to welcome and accompany me,never mind I will take care of the expenses.If you say OK please let me know the nearest airport that will be easier for you to come and fetch me on arrival.

Rgds
Sandra


huahuahua takotnye aku bile dapat emel ni....terus je aku delete dari inbox....menyemak......korang penah dapat emel @ ape2 je yang serupa ini x? apa tindakan korang? 

22 November 2011

permulaan & pengakhiran...

2tahun yang lalu......
hujan lebat bagaikan menyambut kehadiranku di kota penyu ini....bersama perasaan yang bercampur baur...entah sukar untuk aku menyatakan perasaanku yang sebenar....
pertama kali aku meninggalkan daerah kelahiranku.... pertama kali aku menjadi asing di sebuah negeri yang bakal mengubah hidupku.....moga kutemui kedamaian disini.....begitulah harapanku.
sepanjang perjalanan aku menyoroti keindahan yang kelam ditelan kegelapan....betapa deras hujan yang membasahi bumi begitu juga derasnya mutiara yang mengalir dipipi.... aku berbisik sendirian 'tabahlah hati'...
perjalanan selama 7jam cukup meletihkan. namun mata ini seakan dipacak dengan batang mancis. tiada sekelumit rasa untuk lelap....fikiran entah kemana....yang aku tahu menangis, menangis & menangis....acapkali aku meminta pada diri agar berhenti dari menangis tp sia2 cuma....
tepat jam 5.30pagi aku tiba di hentian besar kuala terengganu.....seakan tak percaya kini aku sendirian di kota yang begitu asing.....berpusu2 manusia bekeliaran menuju ke destinasi masing2......hujan masih lebat.....aku termanggu sendiri....kemana harus kutuju? aku mengeluh perlahan.....masih bermonolog sendiri...benarkah aku di sini? adakah aku bermimpi? bolehkah aku menjadi sebahagian dari warga kota penyu ini? berapa lama aku akan berada disini? dalam aku bermenung hansetku berbunyi....oh mujur saja ada kenalan dari sepupuku yang sudi membantu....aku dihantar ke rumah seorang kenalan.....menumpang disana sementara mendapatkan rumah sewa.....terima kasih yang tak terhingga kepada insan2 yang sudi membantuku......
8:00pagi di pejabat......
sementara menunggu untuk berjumpa dengan bos, aku masih lagi bermenung.....bermacam2 yang kufikirkan.....tiada langsung rasa gembira terbit dihati.....hanya kesedihan yang semakin memuncak......acapkali aku melihat jam ditangan....bukan gelisah untuk berjumpa bos yang kufikirkan.....tapi resah mengingatkan insan2 yang kutinggalkan......sekali lagi mutiaraku tumpah.....yang malunya aku TERmenangis dihadapan bos.....tepat jam 11pagi....aku tak dapat menahan sebak......hari pertama aku berkhidmat di jabatan ini dan hari ini juga 'dia' bukan milikku lagi......aku bagaikan xpercaya aku akan kehilangannya setelah sekian lama kami bersama.....2tahun yang lalu, pada tarikh ini, pengakhiran buat aku & dia......2tahun yang lalu, pada saat ini, bermula lah episod baru dalam hidupku......ya sepertimana yang bos ucapkan masa aku datang melapor diri.....kata2 dari bos telah buat aku berjaya meneruskan hidup TANPA dia.....aku berjaya berdiri diatas kaki sendiri....aku berjaya mengharungi segala keperitan sendiri tanpa dia....dan kini setelah 2tahun berlalu aku punya segalanya tanpa dia.....
namun 2tahunyang berlalu masih belum mampu untuk mengubah perasaanku terhadap dia.....belum mampu buat aku bahagia....belum mampu buat aku melupakan dia....


                                                                                   semoga aku kan terus tabah menghadapi hidup ini tanpamu

20 November 2011

disebalik kemanisan


Seakan x percaya… 2 hari lagi genap 2tahun aku bermastautin di negeri penyu ini…sebolehnya aku xmahu ingat tarikh keramat tu…tarikh yang sering membuatkan aku menangis, menangis dan menangis…
Dua tahun…satu jangkamasa yang aku anggap boleh mengubah sesuatu dalam diri aku…atau lebih tepat lagi boleh merawat hati yang terluka…namun masih tidak mencukupi…ternyata 2tahun xdapat mengubah apa yang tersirat di hati kecilku…perasaan yang sekian lama terpendam masih belum terungkai…masih belum boleh diubati…masih belum ada penyembuhnya…
Dua tahun menghadapi suka duka sendirian di perantauan…bertemankan rakan2 sekerja…bertemankan sedikit kekuatan …aku menyusuri kehidupan yang amat baru dalam hidup…berbekalkan kata-kata semangat dan dorongan dari insan2 yang xmahu aku terus hanyut , aku mula belajar apa ertinya hidup…

05 November 2011

aidiladha datang lagi

Hatiku terusik lagi… kali ini kesayuan begitu terasa sekali… untuk sekian kalinya aku berhari raya di perantauan… niat hati xmahu kemana2 ingin bersendirian berteleku di dalam rumah… namun panggilan telefon dari mak angkat pagi tadi meruntun jiwa halus ku…mak menelefon memanggil aku kerumahnya meraikan aidiladha bersama keluarganya… mahu saja aku mengatakan sibuk, tapi…
Usai menunaikan solat asar aku mencapai beg pakaian yg memang sedari awal telah kusiapkan…dalam perjalanan dimana2 berlaku kesesakan jalanraya…hatiku berkata, seronoknya diorg ni nak balik kampung….kan best kalau aku juga punya rasa begitu…
Tiba dirumah mak aku disambut meriah….wah anak2 mak dah sampai…riuh rendah rumah mak yg selalu diselubungi kesepian…aku turut teruja melihatkan kanopi di depan rumah…best gak ada yg wat korban esok… leh tengok org sembelih lembu…ngeee  syok2…
Saat semua anak2 mak berkumpul depan tv mengerumuni mak, aku jadi hiba…rindu kt arwah mak…andai saja keluargaku semeriah ini alangkah seronoknya… perlahan aku melarikan diri jauh dari mereka…xmahu mengganggu keseronokan mereka melepas rindu…maklumlah anak2 mak sume dok jauh2…disaat bersendirian inilah aku merenung sang bulan yg malap dilangit…tiada bintang menyulam awan malam ni… mak, de rindu mak… aku hubungi abah berulang kali namun hampa…
Semoga aidiladha kali ni akan jadi yang raya yg terakhir buat aku disini…cukuplah pengalaman yang telah aku kutip sepanjang tempoh ini…

27 Oktober 2011

disebalik kegembiraan, terselit rasa kecewa......
gembiranya rasa bila diri ini disayangi dan dihargai....bertahun aku menunggu saat2 begini....dilayani bagaikan seorang puteri....dibelai penuh manja....sesuatu yang amat aku dambakan selama ini....terasa bahagia sangat diri ini.....
namun bahagia hanya seketika......salah aku juga.....peluang di depan mata aku tolak mentah2....entah apa yg aku fikirkan.....laju je mulut ni menjawab xmahu...sudahnya aku yang memendam rasa...menahan gelora dihati.....
hingga kini aku cuba.....cuba untuk tidak mahu mengingati lagi tapi aku xberdaya.....betapa aku merinduinya....rindu pada kasih dan sayangnya.....rindu pada senyum manisnya.....rindu pada keletah manjanya.....ahh betapa semua itu membuatkan aku tersasar jauh dari pendirianku selama ini......
kau hadir saat aku memerlukan......kau hadir mengubati duka di hati.....kau hadir bersama cahaya bahagia......meski hanya seketika aku terlalu merindui saat bersamamu..

....

...terima kasih teman2 kerana banyak memberikan sokongan dalam aku meneruskan kehidupan di bumi Allah ini

22 Oktober 2011

dah lama x menghapdedkan blog nih.....tetiba je rasa nak menulis....disini, cerita aku....
nama pon suara hati cik bedot.....setiap apa yg aku update disini rata2 cerita suka duka lara dihati....ada yg hepi ada juga yg menyakitkan hati.....
hidup ni xselalu indah kan.....betullah kata pepatah, kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari.....bahagia xkan selamanya.......mungkin telah ditakdirkan perjalanan hidup ni penuh liku dan duri....hanya yg kuat dan tabah akan berjaya harunginya.....
buat teman2 yg sentiasa menyokong dan memberi kata2 semangat, terima kasih.....semoga aku akan terus kuat....meski aku hanya insan biasa yg lemah......


29 Ogos 2011

Salam Anak Rantau

Saban malam aku menghadap jalan yang sentiasa sibuk dengan kenderaan. Mana yang pulang ke kampung. Mana yang dalam perjalanan membeli belah. Tak ketinggalan juga yang sekadar memenuhkan jalanraya tanpa arah tuju. Semakin hari semakin sesak. Aku sekadar merenung dari beranda.
"hujan2 pun manusia ramai lagi atas jalan ni" desis hati kecilku. Sebentar cuma. Seketika, tanpa kusedari airmata mengalir halus. Kenangan itu kembali lagi.

Ah betapa aku terlalu rindu suasana satu tika dulu. Teringat kembali saat berpusu2 dalam kesesakan mahluk yang bersesak2 di bazar pada malam raya. Dah tau susah parking, orang ramai, boleh sesak nafas tapi kitorang still jugak pegi. Masa ni la nak cari baju raya, kuih raya mana yang xcukup. Almaklumlah malam raya, harga kaw2 punya down. Keseronokan berpesta di bazar membuatkan kami xterasa kepenatan seharian bekerja. Aku senyum sendiri.

Itu dulu.....5 6 tahun yang lepas punya cerita. Sekarang?
Saat orang semua berlumba2 nak balik kampung, aku masih disini.....tanpa sekelumit perasaan gembira untuk menyambut Syawal. Diam xdiam 4tahun aku menyendiri. Memendam rasa. 4tahun juga aku berhari raya tanpa rasa bahagia......bertemankan airmata.....


Malam semakin larut. Namun kaki ni terasa berat nak menginjak kedalam. Masih terpaku diberanda. Menyaksikan kenderaan yang bertali arus. Menikmati kesejukan hujan yang turun setiap malam. Bagaikan mengerti perasaan yang terbuku dihati kecilku. 
Dalam keheningan kupanjatkan doa semoga hari2 mendatangku dilimpahi kegembiraan dan kebahagiaan.....Dan semoga aku semakin kuat dalam menempuh dugaan hidup dariNYA......amin.




 

13 Ogos 2011

Aku Tak Bodoh

tajuk macam best jer kan......hahahahahaha jangan terpedaya......saja gempax.....

hujung minggu ni xkemana2 juz dok umah berehat2 sambil menenangkan hati & fikiran..... hmm nak buat apa hari ni yerk.....detik suara dihati kecilku......tetiba teringat cite yang aku baru je load malam tadi....hmm boring2 layan drama ok gak......

starting cite agak bosan sikit sebab terserlah kebodohan yang nampak dibuat2....bese la kan cite melayu.....adaptasi lak tu......layan punya layan xsedar masa berlalu.....tiba di pertengahan cite aku dah mula syiok......ha kalau nonton dari duduk dah jadik baring tu, makna nye cite tu da mula tarik minat aku tuk tengok sampai ending.....

mula2 aku gelak, pastu senyum2, tetiba marah2 lak tup2 dah nak end buleh nangis lak.....haish apesal touching lak ni.....xmo2....aku palingkan muka xnak bagi roomate nampak aku nangis....tibe2.....
"ai kak, tadi gelak besar tetibe nangis nih apehal?"
hahahahahahahahaha die perasan gak disebabkan sok sek sok sek aku yang memang xleh cover......
apa pun aku boleh kata la cite ni best (dari pandangan aku ler orang lain aku xtau)........ada pengajaran.....sesuai untuk tontonan ibu2 bapa2 yang mempunyai anak.......tersentuh aku dengan hasil karya terbitan mm2 entertainment dan B&L kreatif
 
                      AKU TAK BODOH

sebuah cerita yang memaparkan erti kasih sayang kekeluargaan......betapa tiada yang lebih bernilai dari harga sebuah keharmonian keluarga yang dipenuhi kasih sayang.........

27 Julai 2011

Kusangka panas hingga ke petang…




Tiba2 je …sedang aku keseorangan bermenung di hamparan, kedengaran bunyi hujan menyirami bumi…sepintas fikiranku menerawang…kenangan lama terusik kembali…ah betapa sukar untukku melupakan…

Tiba2…

“Bertahun sudah berdua bersama menempuh segala dugaan
Walaupun hidup ada kekurangan bukan kehendakku
Tabah kuhadapi denganmu, itulah yang kupertahankan
Tak dapat dinafikan berbagai dugaan
Datang secara tiba-tiba
Apa erti makna tersembunyi
Istana yang dibina teguhnya sementara
Kau mengundurkan diri dariku
Tinggallah aku kini seorang diri
Kesana dan kemari
Mencari salahku waktu denganmu
Sambil mengubat hatiku yang sepi…
Siapa sangka siapa menduga
Engkau berubah tiada kupinta
Kerana hidup bahagia sentiasa tanpa sengketa
Yang kukesalkan dan tak kulupakan
Aku korbankan seluruh hidupku
Semata-mata ingin melihat kau gembira
Kerana kusungguh menyayangimu
Hidup aku berteman
Rinduku tak pernah padam
Terkilan berpanjangan sambil menyapu airmata…”

Saat mp3ku menyanyi boleh pulak lagu nih yang keluar....mutiaraku menitis syahdu...membuai anganku hingga lupa untuk lena...
Mendengarkan lagu ini hatiku terusik…meski diri ini sudah kubawa jauh  namun terasa seolah hatiku masih disana…entah dimana silapnya aku kini tersandar sendirian bertemankan airmata…masihkah ada sinar untukku…?







Puteri
27 july 12:45am

24 Julai 2011

ketentuan

mengenalimu....
mengasihimu.....
menyayangimu.....
mencintaimu.....
satu anugerah dariNYA....

terima kasih kerana takdir menemukan kita....mengenali dan menyayangi sesama insan....ikatan dari rasa kasih dua hati...menyemai rasa cinta antara adam & hawa....kita punya rasa yang sama....impian sehati sejiwa....ingin menggapai bintang di langit....betapa tinggi harapan dan cita-cita.....selautan rasa kasih kita semai bersama.....

kasih....mengenalimu menyedarkan aku.....
betapa aku terlalu alpa dengan indahnya kecintaan sementara ciptaanmu....
kasih....menyayangimu menyedarkan aku....
betapa aku telah membutakan hatiku dengan kepalsuan rasa rindumu....
kasih....merinduimu menyedarkan aku....
betapa aku telah melupakan insan2 yang memberikan aku kehidupan....
kasih....hadirmu merubah segalanya....
meski hari ini hanya kenanganmu menemaniku....


                           moga akan hadir cinta yang ikhlas satu hari nanti....

21 Julai 2011

pasrah

      

       "takdir yang menentukan 
        pertemuan yang tak disangka
        takdir jua yang menentukan
        PERPISAHAN......"


bait2 lagu yang sering membuatkan aku mengingatinya....saban malam tidurku terganggu....kehadirannya menyesakkan aku....adakah ini rindu?


pertemuan yang xpernah kita duga menyatukan 2 hati.....meski bahagia itu seketika cuma, aku tetap bersyukur.....dan perpisahan yang xpernah kupinta.....terpaksa kutelan walau tanpa kerelaan....


lenaku terusik dengan bayangan kelmarin.... meski hati ini terlalu ingin untuk melupakannya...namun aku xberdaya....

                            

                             "mengapa kau pergi
                              disaatku mulai mencintaimu
                              berharap engkau jadi kekasih hatiku
                              malah kau pergi jauh dari hidupku.....
                              menyendiri lagi
                              menyendiri lagi
                              disaat kau tinggalkan diriku pergi
                              tak pernah ada yang menghiasi hariku
                                                   disaat aku terbangun dari tidurku....."










semoga dirimu sentiasa dibawah lindungan-NYA....doaku sentiasa mengiringimu walau dimana kau berada....meski kita tidak lagi bersama aku tetap mendoakan kebahagiaanmu......


aku gembira bila kau bahagia....

19 Julai 2011

realiti di sebalik sebuah kehidupan......

Senyuman itu terukir lagi.....entah kenapa si empunya bibir yang comel itu hari ini memekarkan senyumannya untuk yang kesekian kali....aku terpana seketika....alangkah indahnya ciptaanMU YA ILAHI....




Meski hari ini senyumannya tidak seindah sepuluh tahun yang lalu Alhamdulillah dia masih bersyukur dengan pemberianNYA....yang nyata dia masih diberi kesempatan untuk lebih mengenaliNYA.....lebih mengingatiNYA.....lebih dekat denganNYA......
Namun disebalik senyuman yang indah itu hanya si empunya yang mengetahui apa yang tersirat dihatinya......kecelaruan kisah hidupnya, keperitan dan kepayahan dalam menghadapi dugaan hanya dia yang merasai.....sesungguhnya ketulusan yang terpancar dari senyumannya itu telah menutupi segala kepedihan hidupnya.....kehancuran dan penyesalan kini menyelaputi hidupnya.....namun dikuatkan semangat agar terus tabah dan kuat demi sebuah kebahagiaan yang belum ditemuinya.....


Terima kasih ya ALLAH diatas kesempatan & hidayah yang telah kau berikan kepadanya...... 



28 Jun 2011

mutiara

entah kenapa tiba2 hatiku terusik dek kenangan silam…..jam dah menunjukkan waktu untuk aku lelapkan mata…..tapi fikiran aku jauh menerawang ke belakang…….
Hari ni dah 28 june bersamaan dengan 26 rejab 1432h…..xlama lagi dah nak masuk bulan posa….bulan Ramadhan….dan tiba2 je mutiara jernih mengalir ke pipi suciku…..ah! dia datang lagi…..pastinya semua orang tertunggu2 kehadiran Ramadhan setiap tahun kan…..lama kurenung calendar ditangan….satu persatu tarikh aku belek…..cepatnya masa berlalu…..terasa baru kelmarin aku di kl….baru semalam aku tiba disini….rupa2nya hampir 2tahun aku membawa diri…..
Orang2 disekeliling dah mula bercerita….bukan kehadiran puasa yang ditatang tapi persiapan untuk menyambut syawal….kt mana nak hantar tempah baju raya? Berapa hari nak ambik cuti? Bagi yang baru pertama kali beraya sebagai pasangan suami isteri dah kalut….nak raya kt mane? Nak balik kampung sendiri @ rumah mertua? Ada juga yang dah edar sampel2 kuih2 raya…..kedengaran seperti seronoknye nak sambut raya…..tapi aku langsung xde perasaan untuk menyambut hari raya….entahlah…..hati ini xtercuit untuk bergembira sebagaimana insan lain……namun aku xpernah putus berharap kegembiraan akan tiba jua satu hari nanti….Cuma aku xtau bila harinya……
Tirai malam dah lama berlabuh…bunyi cengkerik bersahut sahutan…dingin malam semakin mencucuk liang sumsum…namun tangisan ini seperti xmahu berhenti…kupujuk hati kecilku…bersabarlah sayang…tabahkan hatimu…kuatkan semangatmu…biarkan yang lepas pergi jangan dikenang2 lagi…jangan biarkan emosi menguasai dirimu…berfikir secara matang…buang jauh2 cerita sedihmu…carilah kebahagiaan untuk dirimu…
Ya Allah, berikan aku kekuatan…berbekalkan ayat kursi aku menutup mata…semoga hari esok akan mengubah segalanya…

Puteri…12:48am

06 Jun 2011

Makan Gulai @ Bekwoh


Seronok gak jadik perantau nih….macam2 pengalaman baru yang dapat di kutip…antaranya g makan gulai… kalau di johor kita sebut jemputan @ kenduri kawen…tapi berlainan pulak di Terengganu…kadang2 aku dengar orang sebut makan gulai, ada jugak yang sebut bekwoh…tapi sumenye sama jer…

Nak dijadikan cerita, pertama kali aku g kenduri umah orang kawen kt tganu nih tahun lepas…masa tu kawan serumah tumpangan aku yang kawen…kt dungun…mulanye macam pelik tapi aku xboleh nak gelak…segan orang tengok…hehehehe nak tau kenapa???





Balai makan ada 2, macam serupa je kt johor (kadang2 sampai 5-6 balai pun ada) tapi yang buat aku jadik pelik di setiap balai dah diletakkan signboard…1 untuk lelaki 1 untuk perempuan…uik??? Macam ni pon ade? Tu la yang aku kate tadi, nak gelak tapi segan…majlis org kang makcik2 pakcik2 tengok aku gelak dorang kata aku gile pulak…





                    beginilah kedudukan kerusi yang disusun tanpa meja


Nih cite pasal balai makan gak…kalau kt johor ada meja ada lah kerusi…tapi di Terengganu ni lain pulak pesen…dalam 1 balai ada 1 meja yang disusun panjang…dan kerusi disusun sepanjang meja untuk tetamu makan…xheran kan…lebih kurang sama je…yang xsama nye, kt sini kerusi akan lebih dari meja…kerusi yang banyak2 lebih tu disusun cantik dan teratur untuk orang duduk makan…jadi sape2 yang xdapat duduk makan kt meja still boleh lagi duduk makan tapi dengan menatang pinggan lah…

Macam2 lagi lah yang pada pandangan mata aku, “ish peliknye style org sini…” almaklumlah lain tempat lain pulak budayanya…
Kalau kt johor kemeriahan jelas terasa walaupun sebelum majlis akad nikah, berinai & bersanding…suasana hingar bingar kedengaran dari jauh…hari makan besar (bersanding) DJ2 riuh memutarkan lagu2 yang lunak merdu…nak buat lagu permintaan pon boleh…xketinggalan juga malam berinai ada marhaban @ khatam Quran… kanak2 kecil riuh berebutkan bunga manggar yang dipacak tinggi dikiri kanan pintu masuk rumah pengantin (kt tganu bunga manggar diletakkan disimpang2 jalan sebagai panduan kerumah pengantin)…paluan kompang yang mengiringi kedatangan pengantin, disambut pulak dengan silat pengantin…ada pulak TOL nak masuk…hahahahahahaha hulur bang jangan xhulur…

Walau apa pun aku tetap gembira dapat merantau kenegeri orang…dapat belajar adat & budaya negeri lain…agak2 lepas ni kemana pulak aku nak merantau yerk…???