‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.

13 Julai 2015

Raya Datang Lagiiiiiiiiiiiiiii

"Sayu...
hati ini makin sayup Rindu... 
terkenangkan desa permai 
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa 
Di hari bahagia hari raya 
Lama kutunggu Bertemu di pagi mulia 
Namun tidak kesampaian 
Airmata jatuh berlinangan 
Kuingin berulang manisnya bersama 
Menyambut hari bahgia 
Jarak memisahkan rindu pertemuan 
Bilakah hasrat jadi nyata 
Duhai ayah bonda ampunkan anakanda 
Tak dapat beraya bersama 
Jauh dari mata dekat dalam jiwa 
Teguh kasihku tidak berubah"

Asal buka radio jer lagu raya....asal buka tv jer iklan raya....perasaan nak balik kampung membuak2....asal dok sorang2 mesti teringat kisah lama....rindunye saat2 nak sambut raya masa mak ada....2 3 hari sebelum raya seisi rumah dah sibuk....esok nak raya adik beradik dok berkumpul kt dapur....yang ni jaga air rebus ketupat.... yang tu tolong basuh ayam....yang sinun tolong kupas bawang halia sume....yang sinin tolong potong daging....meriahnya nak sambut raya....macam nak buat kenduri pun ada....

Last aku beraya dengan adik beradik, aidilfitri 2010....kalau ikutkan jadual yang aku reka sendiri, aidilfitri 2012 adalah tahun untuk beraya di johor (balik kampung ler). tapi dah sampai jodoh sebelum sempat raya, beraya dengan hubby la....n the whole family in terengganu.....kehidupan aku pun secara tak langsung berubah 360*.....................

Sinonimnya hari raya adalah KETUPAT, RENDANG, LODEH, SERUNDING, LEMANG, AYAM MASAK MERAH, (Allahu Akbar, menulis ni pun dah terliur dengan menu2 ni)......tapi kt terengganu, hah ni yang nak cite nih.......hari raya kt terengganu menu diorang xberapa special pada aku.....nasi minyak, nasi dagang, laksa, hmmm agak2 korang apa perasaan aku as johorean bila di pagi raya xde ketupat nasi, xde rendang, xde lodeh, xde sambal kacang......dan....dan yang menambahkan kepelikan pada aku, TAK ADA KUNJUNG MENGUNJUNG sepertimana yang biasa aku lalui di johor......hmm orang johor @ lebih tepat lagi orang kampung aku, mesti paham maksud mungunjung nih.....kt terengganu masak pagi raya untuk makan sefamily  a.k.a anak beranak.....

kalo kat johor, macam ni la meja makan kitorang....kadang sampai xmuat meja sana sini orng ngunjung.
INI BARULAH RAYAAAAA.......


Tahun lepas aku gagahkan juga diri demi melunaskan keinginan yang menggunung untuk menikmati hari raya seperti d johor, aku telah menyiapkan ayam masak merah & rendang daging yang dilawankan dengan nasi impit segera....jadilahhhhhhh
Tahun ni xtau lagi nak masak ape.....

rindu nak makan macam ni wei....amik sume lauk buh dalam pinggan...makan sampai kenyang.....

La ni aku dah lali bila orang dok tanya, tak balik johor ke?
agak2 korang apa jawapan aku?
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
kalo aku jawab bukan aku boleh balik johor pun, senyum jer la.........