‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.

29 Ogos 2011

Salam Anak Rantau

Saban malam aku menghadap jalan yang sentiasa sibuk dengan kenderaan. Mana yang pulang ke kampung. Mana yang dalam perjalanan membeli belah. Tak ketinggalan juga yang sekadar memenuhkan jalanraya tanpa arah tuju. Semakin hari semakin sesak. Aku sekadar merenung dari beranda.
"hujan2 pun manusia ramai lagi atas jalan ni" desis hati kecilku. Sebentar cuma. Seketika, tanpa kusedari airmata mengalir halus. Kenangan itu kembali lagi.

Ah betapa aku terlalu rindu suasana satu tika dulu. Teringat kembali saat berpusu2 dalam kesesakan mahluk yang bersesak2 di bazar pada malam raya. Dah tau susah parking, orang ramai, boleh sesak nafas tapi kitorang still jugak pegi. Masa ni la nak cari baju raya, kuih raya mana yang xcukup. Almaklumlah malam raya, harga kaw2 punya down. Keseronokan berpesta di bazar membuatkan kami xterasa kepenatan seharian bekerja. Aku senyum sendiri.

Itu dulu.....5 6 tahun yang lepas punya cerita. Sekarang?
Saat orang semua berlumba2 nak balik kampung, aku masih disini.....tanpa sekelumit perasaan gembira untuk menyambut Syawal. Diam xdiam 4tahun aku menyendiri. Memendam rasa. 4tahun juga aku berhari raya tanpa rasa bahagia......bertemankan airmata.....


Malam semakin larut. Namun kaki ni terasa berat nak menginjak kedalam. Masih terpaku diberanda. Menyaksikan kenderaan yang bertali arus. Menikmati kesejukan hujan yang turun setiap malam. Bagaikan mengerti perasaan yang terbuku dihati kecilku. 
Dalam keheningan kupanjatkan doa semoga hari2 mendatangku dilimpahi kegembiraan dan kebahagiaan.....Dan semoga aku semakin kuat dalam menempuh dugaan hidup dariNYA......amin.




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan