Hatiku terusik lagi… kali ini kesayuan begitu terasa sekali… untuk sekian kalinya aku berhari raya di perantauan… niat hati xmahu kemana2 ingin bersendirian berteleku di dalam rumah… namun panggilan telefon dari mak angkat pagi tadi meruntun jiwa halus ku…mak menelefon memanggil aku kerumahnya meraikan aidiladha bersama keluarganya… mahu saja aku mengatakan sibuk, tapi…
Usai menunaikan solat asar aku mencapai beg pakaian yg memang sedari awal telah kusiapkan…dalam perjalanan dimana2 berlaku kesesakan jalanraya…hatiku berkata, seronoknya diorg ni nak balik kampung….kan best kalau aku juga punya rasa begitu…
Tiba dirumah mak aku disambut meriah….wah anak2 mak dah sampai…riuh rendah rumah mak yg selalu diselubungi kesepian…aku turut teruja melihatkan kanopi di depan rumah…best gak ada yg wat korban esok… leh tengok org sembelih lembu…ngeee syok2…
Saat semua anak2 mak berkumpul depan tv mengerumuni mak, aku jadi hiba…rindu kt arwah mak…andai saja keluargaku semeriah ini alangkah seronoknya… perlahan aku melarikan diri jauh dari mereka…xmahu mengganggu keseronokan mereka melepas rindu…maklumlah anak2 mak sume dok jauh2…disaat bersendirian inilah aku merenung sang bulan yg malap dilangit…tiada bintang menyulam awan malam ni… mak, de rindu mak… aku hubungi abah berulang kali namun hampa…
Semoga aidiladha kali ni akan jadi yang raya yg terakhir buat aku disini…cukuplah pengalaman yang telah aku kutip sepanjang tempoh ini…
selagi jantungku berdegup, selagi aku masih bernafas...aku takkan pernah berhenti untuk mencari CINTA...
‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.
sedih nyerr... weh ko karang novel laaa..lagi baguihhhh :p
BalasPadam