‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.

25 Februari 2016

ULANGTAHUN








Alhamdulillah syukur atas rahmat yang kau berikan ya ALLAH.... Genap 4 tahun kita menyusuri alam rumahtangga....mengharungi suka duka perjalanan sebagai suami isteri.... terima kasih ALLAH kerana mengurniakan aku seorang suami yang penyayang, bertimbang rasa & sentiasa disisi dalam apa jua keadaan..... 




4 tahun yang dipenuhi dengan gelak ketawa & airmata......
4 tahun yang disinari dengan kegembiraan..... 
4 tahun yang sangat cepat rasanya masa berlalu..... 






Semoga kasih sayang antara kita terus kekal selamanya hingga ke jannah......




 selagi jantungku berdegup, selagi aku masih bernafas......aku takkan pernah berhenti untuk mencari CINTA.....

Tiada ulasan:

Catat Komen